Perutusan Ketua Pengarah


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA

Dengan visi ke arah mewujudkan industri pertanian berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasikan eksport, Jabatan Pertanian komited untuk memberi perkhidmatan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengalaman teknologi terkini di samping melaksanakan aktiviti khidmat regulatori. Selaras dengan komitmen tersebut, Jabatan Pertanian telah menetapkan dua perkhidmatan teras. Pertama perkhidmatan pengembangan teknikal kepada golongan sasar dan pelanggan bagi meningkatkan daya pengeluaran terutamanya sub-sektor tanaman makan dan kedua menguatkuasakan akta-akta pertanian berkaitan.

Saya berharap melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian ini, maklumat seperti teknologi dan inovasi, amalan pertanian baik, amalan pengilangan baik, perundingan dan pelaburan, laluas pasaran, khidmat nasihat teknikal seperti pengurusan tanah, agronomi tanaman, perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan, racun makhluk perosak, pensijilan kualiti dan akta-akta pertanian yang berkaitan dapat disebarkan dan dikongsi dengan golongan sasar dan pelanggan.


Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Pertanian.


Sekian, wassalam.


YBhg. Dato 'Ahmad Zakaria bin Mohamad Sidek
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian


0 comments:

Post a Comment